Saya Cikgu Yasmin. Saya merupakan cikgu opsyen major Sains dan minor Matematik. Saya berpengalaman mengajar selama 3 tahun dan sekarang sedang berkhidmat di sebuah sekolah kebangsaan di Kelantan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya suka menerapkan nilai murni dalam sesi pdp saya kalangan pelajar. Anak-anak bukan sahaja perlu cemerlang dalam matapelajaran, tapi juga perlu cemerlang dalam segi sahsiah. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan aktiviti-aktiviti menarik dalam pdp saya seperti bahan-bahan bantu mengajar yang melibatkan semua murid. Pdp mestilah berpusatkan murid kerana pdp yang melibatkan mereka secara langsung dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.