Saya Khairun Nisa. Seseorang yang bermotivasi tinggi, bersemangat dan berdedikasi yang mahu semua kanak-kanak menjadi pelajar yang berjaya. Komited untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang merangsang dan menggalakkan pelajar. Kebolehan untuk kekal fleksibel, memastikan gaya dan kebolehan pembelajaran setiap kanak-kanak ditangani. Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang unggul untuk memupuk hubungan bermakna dengan pelajar, kakitangan dan ibu bapa.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.