Assalamualaikum wbt., saya Cikgu Huda. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul dan berkebolehan dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik pembelajaran secara “1 by 1” bagi meningkatkan kefahaman para pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan bagi menarik minat pelajar supaya mereka memahami ilmu yang diajar. Kepuasan dan kefahaman para pelajar merupakan visi saya sebagai pendidik.