Profile Picture

Eisa Hasmidiana *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Economic(Universiti Kebangsaan Malaysia)

Jerantut, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya ialah Cikgu Eihas. Saya merupakan seorang tutor yang berkebolehan dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sejarah, Geografi, Ekonomi Asas,Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam teknik pengajaran berkonsepkan "Fun Learning" menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berkebolehan dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta bertambah minat dalam subjek yang lemah? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 5 dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik dan mudah untuk difahami oleh para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan gambar rajah merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik berkonsepkan "ABC" bagi subjek bahasa Melayu merupakan satu teknik yang saya praktikkan agar memudahkan pelajar mengarang isi dan huraian dalam karangan.Selain itu, teknik "SALAM" juga saya praktikkan untuk soalan bina ayat bagi sekolah rendah. Keupayaan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan bagi subjek bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Ekonomi Asas merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 4
Sejarah Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 4