Hai assalamualaikum semua, nama diberi Norumairah binti Mohd Rosely. Saya mengajar di sekolah swasta, di Maahad Tahfiz Al -Istiqamah Temerloh Pahang. Saya sudah mengajar dan ada pengalaman mengajar pelajar tingkatan 1-4 lebih kurang 4 tahun semenjak saya mengajar pada 2019. Saya berkelulusan kejuruteraan, tetapi disebabkan saya suka bidang perguruan, saya ceburkan diri kedalam bidang ini di sekolah swasta. Saya suka mengajar pelajar, rasa gembira bila pelajar faham apa yang kita ajarkan. Subjek major saya adalah sains dan matematik, dan subjek yang baru saya ajar pada tahun 2023 ialah sejarah tingkatan 4. Saya suka kaitkan sains dengan perkara sekeliling, saya nak pelajar-pelajar saya jadi orang sentiasa berfikir di luar kotak dan cuba untuk menjadi kreatif fan inovatif serta jadi hamba Tuhan yang selalu kaitkan sains dengan kebesaran Tuhan. saya suka beri motivasi andai ada pelajar yang kurang semangat, dan bantu untuk dia untuk capai kefahaman yang baik untuk sesuatu subjek itu.
Nak anak-anak suka belajar dan enjoy the learning process ? Hubungi saya hari ini jugak.
Ingat! Tiada waktu yang tepat untuk mulakan langkah, Jadinya berhenti menunggu dan mulakan sekarang !
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 4 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kefahaman terhadap ilmu yan dipelajari menjadi kepuasan saya dalam mendididk anak-anak pelajar saya dalam mencapai kecemerlangan merupakan salah satu visi saya sebagai pendidik. Selain itu, saya akan cuba menerapkan nilai- nilai murni dalam sesi pengajaran saya, supaya anak didik saya menjadi orang yang baik dan menjadi orang yang berguna pada masa akan datang.