Profile Picture

Shahira Azura *******

(Online)

Sarjana Muda - Geografi

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, saya Azura yang merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Geografi. Secara jujurnya, saya tiada pengalaman dalam bidang pendidikan akan tetapi saya seorang yang berminat untuk mengajar bagi membantu para pelajar yang masih sukar memahami atau mengingati sesuatu fakta. Pendidikan pada era kini, amatlah mencabar bagi setiap pelajar kerana perlu bersaing dan kreatif untuk berfikir. Jadi, dengan ilmu yang saya ada, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menghasilkan kualiti pemikiran murid yang kreatif dan mudah untuk difahami dengan teknik pengajaran yang bakal saya praktikkan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan ialah Teknik Improvisasi. Melalui teknik ini ianya akan mempengaruhi ransangan minda pelajar berdasarkan situasi, petikan cerita atau dalam bentuk gambar. Sebagai seorang yang gemar bercerita, teknik ini akan saya terapkan kerana akan memberi gambaran kepada pelajar sesuatu keadaan tersebut berlaku. Secara tidak langsung, boleh meningkatkan daya ingatan pelajar dan menambahkan keyakinan mereka untuk bercakap. Teknik seterusnya ialah Teknik Visual dalam bentuk gambar rajah atau peta minda. Pendekatan ini amat bagus terutama dalam subjek Geografi kerana pelajar boleh tahu turutan yang sebenar bagaimana sesebuah fenomena atau bencana berlaku pada masa kini. Oleh itu, pelajar akan mudah faham dan mengingati point fakta yang penting untuk dihuraikan dalam latihan. Selain itu, menghafal bukanlah perkara yang mudah untuk mengingati fakta, maka saya akan praktikkan Teknik Akronim seperti mana saya guna pakai semasa dalam pengajian terdahulu.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu Darjah 1
Sains Darjah 1, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 3
Membaca B. Inggeris Tadika
Matematik Darjah 2
Geografi Tingkatan 3, Tingkatan 5