Saya Nurhamiza, seorang graduan dalam subjek sains matematik (kepujian). Saya mempunyai pengalaman mengajar sewaktu cuti semester. Subjek matematik merupakan subjek major manakal subjek sains merupakan subjek minor bagi saya. Sewaktu mengajar di tahfiz, saya dapat meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar dalam subjek matematik dan sains. Seperti yang sedia maklum, pelajar-pelajar di tahfiz kebanyakkannya hanya fokus kepada hafazan al-quran, ibadat dan keagamaan. Jadi saya amat gembira apabila dapat mengajar subjek sains dan matematik dengan harapan generasi akan datang ini tidak ketinggalan.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai pengalaman mengajar murid-murid yang tidak bersekolah di sekolah biasa. Jadi saya menggunakan teknik pengajaran yang tidak bosan di samping dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk lebih minat belajar subjek yang tidak pernah mereka belajar. Saya menggunakan contoh-contoh yang terdekat supaya murid mudah faham tentang suatu pelajaran.