Profile Picture

Haziq Nadzmi *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Islam

Bandar Baru Bangi, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama diberi Haziq Nadzmi, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Pendidikan Islam Sekolah Rendah di IPG Kampus Pendidikan Islam. Saya mempunyai kemahiran dalam pengajaran Al-Quran dan iqra, berbekalkan pengalaman sebagai seorang pelajar di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman yang mempunyai kurikulum tahfiz Al-Quran. Saya juga pernah mencari peluang dengan membuat kerja sambilan mengajar Al-Quran dan Iqra’ untuk anak-anak pekerja IPG serta menjadi imam tarawih jemputan di surau sekitar kawasan IPG. Inshaa Allah, saya boleh diberi kepercayaan sebagai seorang guru sambilan Al-Quran dan Iqra yang dapat memberikan komitmen yang baik dalam pengajaran.
Teaching Method(s)
Banyak teknik pengajaran yang boleh saya aplikasikan mengikut kesesuaian pelajar saya. Secara umumnya, kaedah talaqqi musyafahah wajar saya aplikasikan iaitu pelajar mendengar bacaan saya terlebih dahulu, kemudian mengikut semula bacaan supaya pelajar dapat bacaan yang tepat. Untuk iqra’ kaedah tahsin huruf dan pengulangan perkataan sangat diperlukan supaya pelajar betul-betul ingat huruf dengan bacaan yang betul. setiap perkataan yang dibaca akan diulang banyak kali dengan bimbingan terlebih dahulu kemudian akan disoal kembali untuk mengukuhkan ingatan mereka. Bagi pelajar yang telah mempunyai asas bacaan yang baik dan mampu membaca Al-Quran, kaedah tasmi’ boleh digunakan iaitu dengan mendengar bacaan pelajar dan menegur kesalahan yang dilakukan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6