Saya Cikgu Aqila. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar kanak-kanak dan dewasa. Saya mengajar subjek Iqra untuk kanak kanak dan dewasa, manakala subjek Bahasa Melayu pula untuk kanak kanak berusia bermula awal 4 tahun sehingga 8 tahun untuk fokus cepat membaca. Mampu menyediakan alat bantu mengajar yang mudah dan menarik untuk pelajar. Menggunakan teknik yang mudah pelajar fahami menjadikan saya pendidik yang berjaya membantu pelajar membaca dengan cepat dan baik . Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Menggunakan kaedah flash cards berwarna agar pelajar tertarik untuk belajar. Juga kaedah belajar secara berhibur supaya pelajar tidak bosan sepanjang sesi pembelajaran. Bagi subjek Iqra, teknik pengulangan, sedikit latihan atau kuiz untuk membantu mengukuhkan pelajar menguasai bacaan mereka