Profile Picture

Ainul Shuhada *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Public Administration

Dengkil, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Dalam bidang pengajaran selama 9 tahun, saya memulakan perjalanan ini pada usia 17 tahun sebagai tutor secara talian dan juga bersemuka. Saya mendapat inspirasi dari keluarga saya yang terdiri daripada pendidik, yang mendorong saya untuk berbakti kepada komuniti dengan membimbing anak-anak muda mencapai masa depan yang cerah. Sebagai pendidik, pengalaman ini telah mengubah hidup saya dan memotivasikan saya untuk mencipta suasana pembelajaran yang menarik bagi setiap pelajar saya terutamanya anak-anak generasi Z . Mereka lebih cenderung dengan teknik pengajaran saya, kerana saya tidak hanya mengajar semata-mata, tetapi juga menjadi pendengar setia mereka. Saya akan berusaha sehabis baik untuk menjadi pendidik yang dapat membantu masa hadapan anak tuan dan puan.

" A teacher would teach, an educator would educate but a passionate teacher and educator will whole heartedly shape your child's future "

Subjek major : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Subjek minor : Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains

Teaching Method(s)
Saya sentiasa mengubah teknik pengajaran saya mengikut keupayaan pelajar-pelajar saya. Namun, teknik yang sering saya gunakan ialah melalui aktiviti praktikal yang melibatkan interaksi. Sebelum mengajar teori kosa kata atau tatabahasa kepada pelajar, saya akan membuat aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian mereka dan membangkitkan minat mereka dalam mengetahui lebih lanjut tentang topik tertentu.

Saya juga melaksanakan konsep "Saya ajar, awak ajar" di mana saya memberi peluang kepada pelajar untuk mengajar juga, dengan memberikan topik untuk mereka ulangkaji dan ajarkan kepada saya. Pendekatan ini membantu mereka memahami dengan lebih baik, kerana apabila mereka mengajar, mereka akan memahami konsep tersebut secara lebih mendalam. Matlamat saya adalah untuk melengkapi pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan sambil menanamkan kasih sayang terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Teknik ini telah saya amalkan sebelum ini dan ternyata menghasilkan kejayaan yang mengagumkan dengan kadar kejayaan mencapai 90% bagi bekas pelajar-pelajar saya.
Rating & Review

PUAN SUHANA BT SAFAR : Matematik

Tutor membantu dgn baik proses pembelajaran anak saya Rahf Bt Rosdi

Siti Nur Aishah Binti Hamdan : Prasekolah - 3M

alhamdulilah, positive feedback as my girl can follow what has been taught by teacher Ainul. Looking forward for next class.

Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3