Profile Picture

Aida Nur *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Degree In Arabic Language And Literature (University Of Jordan)

Seri Kembangan, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya dikenali sebagai Cikgu Aida. Saya merupakan graduan Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari Universiti Jordan, Amman. Minat saya yang mendalam dalam mengajar, reka bentuk, dan bahasa telah membawa saya ke jalan pendidikan.

Sejak tahun 2020 sehingga kini, saya berkhidmat sebagai guru Adab, Doa, dan Bahasa di Dewdemy Education. Sebuah sekolah nomad yang memfokuskan teras iman dan bakat.

Sebagai guru, saya memegang prinsip keberkesanan dan keperibadian yang positif. Saya berusaha untuk menjadi contoh teladan bagi pelajar, memberi inspirasi dan dorongan agar mereka mencapai potensi penuh mereka. Saya percaya bahawa menjadi seorang pendidik bukan hanya tentang memberi ilmu, tetapi juga membentuk akhlak dan karakter yang baik.

Saya sentiasa mendekati setiap pelajar dengan penuh empati dan kefahaman, memahami bahawa setiap individu memiliki keunikan dan keperluan pembelajaran yang berbeza. Saya berusaha untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong dan membolehkan setiap pelajar berkembang secara holistik.

Saya berkemampuan untuk mengajar subjek dini seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah, Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Tasawwur Islam dan sebagainya. Saya juga boleh menjadikan Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi mudah dan seronok untuk dipelajari. Malah saya juga mempunyai sijil kemahiran tajwid dan al-Quran yang diiktiraf oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan yang mana membolehkan saya untuk turut mengajar Iqra' dan al-Quran dengan baik.

- Pengalaman yang luas dalam mengajar dan membimbing pelajar dengan berbagai keperluan pembelajaran
- Pendekatan pengajaran yang memfokuskan pelajar, menyesuaikan gaya pembelajaran dan menyediakan pembelajaran yang relevan
- Keinginan untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran sebagai seorang pendidik untuk memberikan pengajaran yang terbaik
- Dedikasi tinggi untuk membantu setiap pelajar mencapai potensi penuh mereka dan meraih kejayaan akademik dan sahsiah

Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik pengajaran yang berkesan dan pelbagai mengikut personaliti dan keupayaan pelajar tersebut. Penting untuk mengenal pasti cara belajar dan potensi pelajar. Hal ini kerana setiap daripada kita mempunyai kepintaran yang berbeza.

1. Pendekatan kreatif:
Menggunakan aktiviti pembelajaran yang kreatif dan menarik, seperti permainan, projek, lagu dan kuiz, untuk meningkatkan minat pelajar

2. Teknologi dalam pendidikan:
Mahir menggunakan alat-alat digital dan platform pembelajaran dalam talian untuk menyampaikan bahan pembelajaran secara menarik sekali gus memahirkan pelajar dengan penggunaan komputer

3. Interaksi dan komunikasi dua hala:
Berinteraksi secara positif dengan pelajar dan mendorong komunikasi dua hala untuk memastikan pemahaman yang lebih baik. Sentiasa mendengar buah fikiran dan isi hati pelajar untuk lebih memahami pelajaran
Subject
Subject School Level
Tauhid KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Fekah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Sirah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 1
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Tajwid KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Bahasa Arab KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Diploma, Tadika, STPM - Tingkatan 6
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 1
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tadika
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Dewasa, Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Mengaji
Bahasa Arab - Third Language Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5
Syariah Islamiah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Maharat Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tasawwur Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Syariah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Adab wa Al-Balaghah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kraftangan Asas (Basic)
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Penyuntingan - Adobe Photoshop Asas (Basic)
Kelas Agama Dewasa
Fardhu Ain Tadika