Profile Picture

Siti Nabihah *******

(Physical & Online)

Diploma / Stpm - Diploma In Music Performance (Aswara)

Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) (Graduated)

Kuantan, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nabihah. Saya merupakan seorang graduan yang mempunyai pengalaman dalam mengajar beberapa matapelajaran sepanjang tempoh 1 tahun. Subjek major saya ialah muzik iaitu alat muzik violin, dimana saya juga mempunyai sijil ABRSM gred 5 dan juga alat muzik gamelan dan marimba. Pengetahuan saya tentang teori muzik agak kuat dan tidak pernah gagal sepanjang pengajian di ASWARA. Saya pernah mengajar di Discovery Studio Mont Kiara (violin), Sekolah Tinggi Muar (teori muzik) dan PASTI MUHAMMAD AL FATIH. Saya juga boleh menarik perhatian pelajar untuk teruskan minat dalam muzik.

Selain daripada bidang muzik saya juga boleh mengajar kanak-kanak dalam pelbagai matapelajaran. Pengalaman mengajar yang saya peroleh daripada mengajar adik beradik sendiri. Pengalaman mengajar adik beradik saya itu, saya guna semasa mengajar di PASTI dan ianya telah menarik perhatian kanak-kanak dalam minat belajar.

Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam 10 tahun dalam seni muzik membuat saya ingin mengajar tentang muzik. Saya akan gunakan pelbagai teknik mengikut keupayaan pelajar. Saya juga dapat mengubah cara pembelajaran agar pelajar dapat memahami.
Untuk mengajar kanak-kanak pula, saya lebih minat gunakan teknik menyanyi sambil belajar. Dari situ kita dapat lihat kanak-kanak akan lebih peka dengan nyanyian dan juga bunyi yang ditunjukkan.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Muzik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Seni & Kraf Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1
Jawi Darjah 1, Darjah 2