Profile Picture

Norsyuhadah Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Quran & Sunnah (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Banting, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum. Nama saya Syuhadah. Kini sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam jurusan Quran & Sunnah dan telah berada di tahun 4. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Quran & Sunnah dan suka berkongsi ilmu yang telah dipelajari kepada masyarakat melalui platform media sosial seperti instagram & twitter. Saya suka mengajar orang dan bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah. Saya berpengalaman menjadi guru praktikal di sebuah sekolah rendah agama dengan mengajar subjek agama seperti Bahasa Arab, Feqah, Tauhid, Hafazan, Jawi, Akhlak & Sirah. Alhamdulillah, dari maklum balas pelajar dan guru di sekolah, cara pengajaran dan penjelasan saya terhadap suatu topik mudah difahami dan boleh menarik minat pelajar. Selain itu, saya banyak melibatkan diri dengan menjadi fasilitator di mana-mana program sekolah rendah & sekolah menengah. Saya juga aktif menjadi speaker jemputan di beberapa program agama/tazkirah. Saya seorang yang bersemangat dan berkeyakinan dan suka memberikan motivasi kepada orang lain. Saya berimpian mahu mendidik masyarakat mencintai Al-Quran dan memahami isi kandungannya serta mengamalkannya dalam kehidupan. Jom sama-sama faham ilmu agama & Quran bersama saya!
Teaching Method(s)
Dengan pengalaman yang ada dalam pendidikan dan aktivisme masyarakat, saya menerapkan teknik dan kaedah yang menarik bergantung kepada kemampuan seseorang pelajar. Saya mengajar satu persatu dan akan pastikan pelajar betul-betul faham barulah akan pergi ke tajuk atau subtopik yang seterusnya. Kefahaman pelajar sangat penting dan menjadi keutamaan saya. Saya tidak mahu pelajar belajar sesuatu ilmu hanya semata-mata untuk menjawab peperiksaan serta skor dalam subjek, akan tetapi saya mahu pelajar belajar dan faham ilmu untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Jika sudah faham dengan kefahaman yang betul, sudah pasti mereka juga mampu skor subjek. Saya suka terapkan teknik gambar, video, peta minda, warna-warni serta penceritaan di dalam sesi pengajaran saya untuk menarik minat pelajar.
Subject
Subject School Level
P. Islam Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Bahasa Arab Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
UPKK Darjah 5