Profile Picture

Noor Zamilla *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Honours) - Tesl (Management And Science University)

Manjung, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Miss Zamilla merupakan tenaga pengajar subjek Bahasa Inggeris. Saya berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris selama hampir 12 tahun. Memulakan kerjaya sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta, saya kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di kolej komuniti dan politeknik sehingga sekarang.

Berpengalaman mengajar bagi sekolah menengah (praktikal) dan pelajar sijil dan diploma di peringkat institusi pengajian tinggi. Saya berpengalaman menyusun modul dan silibus bagi subjek Bahasa Inggeris oleh itu saya dapat membantu menyesuaikan silibus yang bersesuaian dengan kehendak pelajar.

Saya turut berkemahiran dalam bidang komunikasi Bahasa Inggeris bagi kegunaan akademik dan di bidang kerjaya, terutamanya dalam bidang 'Customer Service' dan hospitality dan pelancongan. Saya juga boleh mengajar dan membimbing pelajar yang mahu mengambil ujian MUET.

Mahu meningkatkan kefahaman dari segi tatabahasa, penulisan atau komunikasi di dalam subjek Bahasa Inggeris? Sila hubungi saya. Saya akan bantu anda atau anak jagaan anda untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris anda.

Teaching Method(s)
Dengan pengalaman menghampiri 12 tahun di dalam bidang pendidikan sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi, saya menerapkan beberapa teknik yang dapat membantu pelajar saya untuk meningkatkan kefahaman dan juga kemahiran berkomunikasi mereka.

Saya percaya kepada teknik belajar sambil berhibur oleh itu saya kerap menyelitkan unsur gamifikasi di dalam kelas saya seperti penggunaan Quizizz, Kahoot dan sebagainya. Selain itu, saya menggunakan nota-nota menarik menerusi Canva yang dapat membantu pelajar untuk memahami serta lebih tertarik untuk belajar.

Saya turut akan mengubahsuai dan mengadaptasikan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap para pelajar. Misi utama saya sebagai seorang pendidik adalah supaya setiap ilmu yang disampaikan bukan sahaja dapat digunakan di dalam kelas (akademik) malahan juga untuk kegunaan seharian atau di tempat kerja (kerjaya).
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Membaca - BI Darjah 3