Profile Picture

Rabi'atul 'adawiyah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraannya, Universiti Yarmouk Jordan

Universiti Yarmouk (Jordan) (Graduated)

Setiawangsa, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan guru sekolah rendah kebangsaan ,iaitu guru Bahasa Arab Yang memberi fokus kepada Darjah 1,Darjah 4 dan Darjah 5 sejak tahun 2018.Saya sorang guru yang sangat berdedikasi dalam menyampaikan ilmu berkaitan Bahasa Arab dan sesi pembelajaran saya akan menjadi sangat seronok.Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraannya serta Minor Bahasa Inggeris dan Kesusasteraannya di Universiti Yarmouk, Jordan dengan peringkat Kepujian.Pengalaman saya berada di Negara Arab selama beberapa tahun mengajar saya pelbagai ibrah terutamanya kepelbagaian berbahasa.Saya juga telah menjadi trainer untuk English Camp Di mana peserta dari sekolah Pattani , Thailand berkolaborasi dengan Sekolah Al-Fateh International School di Kodiang,Kedah.Saya juga pernah menjadi guru ganti Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Perlis.Saya juga pernah menjadi guru ganti KAFA Di sekolah rendah dalam tempoh masa tertentu. Saya turut mempunyai program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu .Percayalah dengan kepelbagaian pengalaman mengajar saya, saya tidak akan sia-siakan peluang saya untuk mengasah lagi kefasihan anak-anak dalam berbahasa Arab ...Hayya Bina !!
Teaching Method(s)
Saya mempunyai diploma dalam Pendidikan ,saya akan menjurus ke arah seni mengajar yang bersesuaian mengikut umur, tahap penguasaan,serta kemampuan menguasaj sesuatu tajuk dalam tempoh tertentu.Tidak lain dan tidak bukan, kaedah pengajaran sekarang sudah berubah mengikut tahap kecanggihan zaman.Cara tradisional yang lama mungkin tidak berapa sesuai ,tetapi saya menggantikan dengan kaedah yang berbeza-beza dalam setiap sesi pembelajaran seperti bariskan kalimah,sambung huruf menjadi perkataan betul,klasifikasikan perkataan mengikut kelompok.Saya juga akan mewujudkan buku mufradat di mana murid hanya perlu mengingat 5-10 perkataan dalam setiap sesi pembelajaran.Hal ini kerana lagi banyak perkataan baru lagi banyak pemahaman dalam berbahasa Arab.Anak anda akan merasakan Bahasa Arab ini mudah sahaja bersama saya.Apa tunggu lagi.Jom kelas bersama saya!!
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4