Profile Picture

Muslimah An-nasuha *******

(Online)

Diploma / Stpm - Smk Raja Shahriman, 32700 Beruas, Perak

Manjung, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Muslimah An-Nasuha binti Amad Sabri. Saya ialah lepasan STPM tahun 2020. Sekarang, saya merupakan pelajar tahun 2 Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya. Subjek Ekonomi adalah subjek kegemaran saya semasa STPM dan saya gembira dapat melanjutkan lagi pelajaran dalam bidang ini. Saya mempunyai pengalaman mengajar dengan menjalankan kelas tutoring secara percuma (volunteering) kepada pelajar STPM di bekas sekolah saya. Saya mengajar subjek Ekonomi STPM Penggal 2 (Makroekonomi) kepada pelajar penggal 3 yang mengulang kertas Ekonomi penggal 2. Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu junior saya mengulangkaji silibus ekonomi penggal 2, memandangkan sesi PdP penggal 3 tidak diperuntukkan untuk mengulang silibus penggal lepas. Sebagai lepasan STPM juga, saya percaya saya dapat membantu mereka dengan berkongsi tips menjawab kertas peperiksaan dan cara belajar saya ketika di STPM.
Teaching Method(s)
Saya menekankan teknik pembelajaran melalui latihan menjawab soalan sebenar. Saya menekankan teknik ini berdasarkan pengalaman saya semasa berada di Tingkatan 6, kerana saya merasakan apabila kita banyak membuat latihan past year question/ trial negeri-negeri dan sebagainya, ianya dapat melatih kita untuk semakin mahir dalam menyelesaikan pelbagai jenis soalan. Melalui kaedah ini juga kita dapat mengenal pasti bentuk soalan serta tricky question yang selalunya terdapat dalam kertas sebenar. Latihan yang banyak juga amat penting kerana subjek Ekonomi STPM terutamanya penggal 1 (mikroekonomi) dan penggal 2 (Makroekonomi) mempunyai banyak pengiraan. Selain itu, subjek Ekonomi juga mempunyai teori yang tetap dan perlu diingat bagi mengelakkan kesilapan dalam pemahaman dan pengiraan. Untuk konsep teori saya menekankan kaedah peta minda dan short note agar pelajar mudah untuk mengingat teori-teori penting.
Subject
Subject School Level
Ekonomi STPM - Tingkatan 6