Profile Picture

Zafirah Binti *******

(Online)

Sarjana(master) - Master In Education (Tesl)

Kulai Jaya, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya memulakan kerjaya saya sebagai pensayarah Bahasa Inggeris pada tahun 2008 selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris. Saya juga telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) ketika mengajar pelajar-pelajar diploma pelbagai subjek Bahasa Inggeris keperluan universiti dan juga keperluan MUET. Selain itu, saya pernah berpeluang mengajar pelajar-pelajar di Korea Selatan dan Greece serta terlibat dalam persiapan pelajar-pelajar tempatan yang merancang untuk melanjutkan pengajian di Britain. Saya telah mengajar pelajar-pelajar dari latar belakang dan tahap yang berbeza dan saya berharap dapat membantu lebih ramai pelajar meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka!
Teaching Method(s)
Saya berdedikasi untuk memberikan yang terbaik bagi membantu pelajar-pelajar saya meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka, tidak kira tahap mana sekalipun, terutamanya ketika mereka menghadapi peperiksaan seperti MUET. Saya telah mengajar kelas atas talian lebih daripada 4 tahun dan sentiasa memastikan pelajar-pelajar saya menerima nota dan bahan-bahan sebelum kelas bermula. Selain memberikan soalan contoh, nota-nota saya mudah difahami dan dibuat khas untuk setiap pelajar. Pendekatan saya adalah untuk mempercepatkan pembelajaran mereka dengan memberikan nota, tips, dan penggunaan situasi dan pengalaman kehidupan sebenar supaya mereka dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan dan secara tepat dalam kelas dan dalam kehidupan harian, terutamanya dalam Speaking dan Writing. Pelajar-pelajar saya selama ini telah mencatatkan peningkatan yang ketara selepas menghadiri kelas saya menggunakan kaedah-kaedah ini. Untuk MUET, pelajar-pelajar saya dikenali mencapai sekurang-kurangnya Band 4. Saya juga pernah bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang tiada pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris dan kini mereka dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan yakin. Saya akan berasa gembira dapat membantu anda mencapai matlamat anda juga!
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Dewasa
MUET Dewasa
Membaca B. Inggeris Darjah 2, Darjah 1