Saya Cikgu Syifa dan saya adalah graduan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sekarang saya adalah seorang jurutera di satu syarikat tempatan di Pulau Pinang.
Matematik merupakan subjek major dalam course Engineering, dan saya merupakan pelajar cemerlang dalam Matematik semasa sekolah menengan rendah dan menengah tinggi. Moto saya dalam mengajar para pelajar adalah saya ingin melahirkan para pelajar yang berdikari, cemerlang dan berdisiplin.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pembelajaran yang perlahan - sesuai dengan momentum pelajar terutamanya dalam subjek Matematik. Pada mulanya, saya akan mengenali titik kelemahan dan membantu mereka dengan soalan-soalan yang sukar mereka selesaikan. Konsep Faham adalah konsep yang sering saya terapkan ketika saya berada di sekolah mahupun universiti. Jika kita faham akan satu keadaan, barulah kita dapat overcome suatu masalah - seperti dalam soalan Matematik. Saya juga akan pastikan mereka sering disuntikkan semangat dan motivasi yang boleh menyeimbangkan emosi dan pemikiran mereka.