Profile Picture

Nurfatini Aisyah *******

Degree (Education Faculty) - Bachelor Information System (Hons.) Business Computing

Universiti Teknologi MARA (Kuala Terengganu) (Graduated)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Tuan/Puan boleh panggil saya Tini. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun (2021–2024) sebagai private tutor dan tutor rakan sebaya sejak sekolah rendah sehingga tamat degree terutamanya dalam bidang Matematik.

Saya mengajar pelajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, pra universiti dan universiti.
Subjek Utama: Kepakaran saya adalah dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Subjek Tambahan: Saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Melayu.

Kemahiran Khusus: Saya mahir dalam mengenal pasti 'titik buntu' pelajar melalui pemerhatian gaya mereka menjawab soalan. Saya percaya setiap pelajar mempunyai cara faham yang berbeza, jadi saya mampu mengesan bahagian spesifik yang mereka keliru dan menerangkannya semula menggunakan analogi yang lebih mudah atau alat bantuan visual seperti Canva. Saya juga yakin pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek akan mula meminati subjek tersebut setelah faham apa yang dipelajari.

Kejayaan Terbaik: Saya merupakan penerima Anugerah Dekan dan calon Anugerah Naib Canselor (ANC) dengan CGPA 3.7 di UiTM dan telah berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan keyakinan dalam subjek terutamanya Matematik melalui bimbingan peribadi.
Teaching Method(s)
Teknik Diagnostik 'Pattern Recognition': Menggunakan kemahiran analisis untuk mengenal pasti corak kesilapan pelajar dalam menjawab soalan supaya bimbingan dapat difokuskan pada topik yang paling kritikal.

Pendekatan 'Step-by-Step' & Analogi: Menerangkan konsep abstrak Matematik menggunakan analogi kehidupan seharian untuk memastikan pelajar bukan sekadar menghafal, tetapi faham logik di sebalik pengiraan tersebut.

Latihan Berfokus Peperiksaan: Menyediakan latih tubi yang selari dengan format terkini UASA/PBD (sekolah rendah) dan KSSM/SPM (sekolah menengah) bagi membina ketangkasan pelajar menjawab soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa Matrikulasi Diploma - Kolej Vokasional Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5