Assalamualaikum. Saya Cikgu Auni. Saya merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan komited dalam mendidik pelajar-pelajar. Di samping itu, pengalaman saya dalam mendidik pelajar-pelajar prasekolah sebelum ini, menjadikan saya seorang yang mahir dalam mengajar silibus pelajar prasekolah. Berpengalaman dalam mengajar anak-anak prasekolah membaca menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar prasekolah yang mahir membaca dengan baik dan menguasai 3M iaitu membaca, mengira, menulis dengan cemerlang. Selain itu, saya juga berpengalaman dalam mendidik dan mengajar subjek Bahasa Arab pelajar sekolah rendah memandangkan Bahasa Arab merupakan bidang pengajian saya sewaktu di peringkat ijazah sarjana muda. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Tuan/Puan nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda dalam belajar dengan baik? Hubungi saya.
Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam mendidik pelajar-pelajar prasekolah, saya menerapkan beberapa teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Selain itu, terdapat pelbagai pendekatan dan teknik saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dan mencapai objektif pembelajaran. Dalam mendidik pelajar-pelajar prasekolah, saya mengaplikasikan teknik didik hibur sesuai dengan tahap umur mereka. Selain itu, saya menggunakan alat bantu mengajar seperti kad huruf-huruf, kad suku kata dan sebagainya. Hal ini dapat membantu permulaan pelajar-pelajar prasekolah untuk membaca dengan lebih baik dan cemerlang. Tambahan pula, buku 'Bacalah Anakku' juga merupakan buku utama dalam mengajar pelajar-pelajar prasekolah membaca sebelum ini. Kepuasan dan keseronokan anak-anak dalam pembelajaran merupakan matlamat dan harapan saya sebagai seorang pendidik.