Saya Cikgu Azihan, merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun mengajar di Kolej, Sekolah dan Pusat Tusyen. Saya mengajar pelajar dari Pra-Sekolah, pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan calon pensendirian SPM. Subjek Sejarah dan Bahasa Melayu merupakan subjek utama yang saya mengajar. Manakala subjek lain seperti Geografi, Perdagangan dan Ekonomi juga turut saya ajar. Berkemahiran dalam penyedian modul PDP yang berkesan dengan tahap kefahaman pelajar, menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar yang faham dan cemerlang pelajarannya. Saya juga sering mengendalikan kelas dengan suasana yang ceria agar pelajar lebih mudah berkomunikasi sewaktu sesi pembelajaran. Mahu anak lebih faham serta cemerlang dalam subjek yang dipelajarinya ? Hubungi saya hari ini !
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang berkesan dan menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan nota ringkas, latihan berterusan dan teknik menjawab soalan memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar. Anak-anak faham dan cemerlang dalam pelajaram merupakan misi saya sebagai pendidik.