Saya Haresh Rajan, boleh dikenali sebagai tutor Haresh. Saya berumur 19 tahun dan merupakan pelajar lepasan SPM SMK Tinggi Kajang, Selangor. Saya mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan saya suka mengajar subjek tersebut kepada classmate saya masa di sekolah. Jadi di sini saya ingin mengambil peluang untuk menjadi seoarang tutor dan menunjuk ajar kepada para pelajar. Saya akan memastikan bahawa setiap student memahami sebuah topik dengan jelas dan sepenuhnya sebelum ke topik seterusnya. Objektif utama saya sebagai tutor adalah untuk membuktikan kepada para pelajar bahawa Matematik adalah sebuah subjek yang amat menarik dan mudah untuk faham.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya sebagai tutor adalah saya akan mengadakan 'test' ataupun 'quiz' untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dalam topik-topik tertentu dan memberi latihan yang sesuai. Kertas-kertas exam past year akan digunakan sebagai latihan dan juga panduan. Latihan tersebut akan disemak semasa kelas supaya pelajar memahami apa yang salah dan cara membaikinya. Walaupun kelas atas talian, PAPAN PUTIH fizikal akan digunakan supaya pelajar mudah faham. Semoga saya dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami cara menjawab soalan peperiksaan matematik di sekolah supaya dapat memperoleh markah yang cemerlang.