Profile Picture

Nurul Naziera *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Degree In Science Chemistry (Ukm Bangi)

Seremban, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan lepasan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang kimia. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang tutor/ mengajar beberapa orang pelajar dan rakan seangkatan saya sejak zaman belajar. Saya sentiasa komited dalam menyediakan alternatif terbaik buat para pelajar dengan menyediakan bahan mengajar yang mudah difahami namun lengkap dari segala aspek. Selain itu penglibatan saya dalam program guru muda bagi matapelajaran subjek bahasa arab, fizik dan kimia sebagai guru muda sendiri, ianya telah membuatkan saya belajar tentang kaedah yang lebih baik untuk memperbaiki teknik pengajaran buat rakan sebaya mahupun pelajar zaman kini.

Misi dan visi saya sebagai seorang tutor adalah agar semua pelajar dapat memahami apa yang dipelajarinya, berasa seronok dengan ilmu yang dipelajari dan berjaya applikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian mahupun berjaya pada masa akan datang.

Teaching Method(s)
Beberapa teknik pengajaran yang saya applikasikan sebagai contohnya:

1)Sumbang saran- Sumbangsaran merupakan aktiviti perbincangan iaitu ahli dalam kumpulan mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap ahli digalakkan memberikan idea dan idea tersebut akan dikaji dengan teliti.Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan.Keputusan yang dicapai merupakan hasil daripada sesi sumbang saran . Sumbang saran bertujuan melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.

2)Kaedah perbincangan- Perbincangan ialah satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mentalmurid supaya dapat menyumbangidea dan pandangan secara sistematik.

3) Demonstrasi- Demontrasi atau tunjuk cara adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh ataupun uji kaji agar pelajar lebih faham sesuatu topik pembelajaran.

4) Teknik Latih Tubi- Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

5) Teknik Soal Jawab- Mengajar dan menyoal pelajar berkenaan topik pembelajaran

6) Teknik Kuiz- Membuat kuiz online seperti Kahoot dan kuiz fizikal dengan menyediakan kuiz bertulis secara berkala.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 5
Sains Tingkatan 5
P. Islam Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5
Chemistry DLP Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 5