Profile Picture

Ain Zulaikha *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Tesl (Honours) (Iium)

Putrajaya, WP Putrajaya

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai. Saya Teacher Ain, merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah rendah antarabangsa di Putrajaya. Saya berpengalaman mengajar secara atas talian selama dua tahun sejak 2021 dan bersemuka selama setahun. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar sekolah menengah dan rendah secara bersemuka dan atas talian. Saya amat teliti dalam pengajaran sekaligus berusaha untuk membantu pelajar khususnya dalam bidang dan topik yang sukar difahami. Saya juga menyediakan kelas 'Phonetics' untuk membantu mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan ringkas. Saya juga telah melahirkan ramai pelajar cemerlang di mana rata-ratanya mendapat keputusan A+ dalam subjek Bahasa Inggeris. Jika anda berminat untuk meningkatkan gred Bahasa Inggeris anak anda, jangan teragak-agak untuk terus hubungi saya.
Teaching Method(s)
Kelas secara atas talian saya akan dikendalikan melalui Google Meet, dimana pelajar akan diberi bahan belajar secara percuma dan bimbingan khas sepanjang kelas berjalan. Pelajar dan ibu bapa juga akan diberi maklum balas setiap kali selepas kelas berakhir. Bahan belajar yang efektif, mudah difahami dan relevan juga akan disediakan sepanjang tempoh tutor. Mengikut kemampuan setiap pelajar, saya akan menyediakan kuiz atau ujian akhir topik untuk menilai pencapaian anak anda. Saya juga akan menerapkan kemahiran teknologi dalam pembelajaran secara atas talian supaya anak anda akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Saya akan berusaha 200% untuk memastikan anak anda berjaya meningkatkan gred Bahasa Inggeris sambil berhibur.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4
Communication & Writing Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2