Saya Alya. Saya bercita-cita untuk mencari peluang menjadi seorang tutor yang mengabdikan diri kepada generasi muda, sambil belajar dan memperbaiki kemahiran pengajaran saya. Saya telah melibatkan diri sebagai tutor dalam subjek matematik bagi beberapa pelajar sekolah menengah sebelum ini. Saya dengan ikhlas sedia memberikan bimbingan sebaik yang saya mampu.
Teaching Method(s)
Saya mengaplikasikan pendekatan pengajaran dengan menjelaskan konsep dalam topik yang sedang dipelajari. Sambil bekerjasama dengan pelajar, kami akan berusaha menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan topik tersebut. Saya akan memastikan bahawa pelajar benar-benar memahami materi tersebut melalui latihan-latihan yang diberikan. Pendekatan pengajaran saya juga sangat fleksibel dan disesuaikan dengan keperluan individu pelajar.