Saya Amira. Saya merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Sabah yang baru sahaja menamatkan pengajian sarjana saya pada bulan yang lalu. Saya sedang menunggu hari graduasi saya pada hujung tahun ini. Saya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi). Saya ialah tutor yang berdedikasi dan sedang menimba pengalaman sepanjang saya meneruskan pengajian saya secara “online” dengan mengajar pelajar sekolah rendah Iqra selama beberapa bulan ini secara bersemuka di rumah saya sendiri dan mengajar Iqra secara dalam talian. Saya juga sedang mengajar secara maya bagi subjek Pendidikan Islam. Saya berminat untuk mengajar kanak – kanak yang tadika dan sekolah rendah bagi semua subjek. Saya sangat meminati apa yang saya sedang lakukan sekarang, dan menyimpan cita – cita untuk melanjutkan lagi pengajian saya dalam bidang Pendidikan (DPLI) setelah bergraduat nanti. Berkemahiran dalam pembelajaran secara maya yang cekap menjadikan saya seorang pendidik yang sangat dekat dengan dunia media pelajar sekarang. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan kemahiran media anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Teknik pembelajaran secara maya yang saya sudah lalui sewaktu belajar dahulu juga saya terapkan dalam pelbelajaran secara maya sewaktu saya mengajar. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik