Saya Izzati. Pelajar lulusan UITM Cawangan Arau dalam bidang biologi. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek sains sebagai guru tuisyen sekolah rendah. Selain itu, pekerjaan seharian saya juga memerlukan saya untuk mengajar bengkel latihan berkenaan subjek STEM kepada murid sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Jadi, sudah menjadi kelaziman bagi saya untuk mengajar subjek berkenaan sains dan teknologi. Anda berminat untuk tingkatkan keyakinan anak anda dalam subjek sains atau biologi. Hubungi saya!
Teaching Method(s)
Walaupun masih baru dalam bidang ini, saya amat suka menggunakan kaedah pengajaran berinteraksi dua hala. Saya percaya untuk memastikan seorang murid itu faham bukan hanya dengan menyampaikan tetapi amat penting untuk memastikan murid faham dan yakin dengan subjek tersebut. Saya juga sering menggunakan gambar rajah atau peta minda bagi menerangkan teori berkaitan. Hal ini kerana, gambar rajah dan peta minda lebih senang difahami murid dan lebih menarik.