Nama saya Cikgu Tasha. Saya seorang guru tutor dengan pengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar dari sekolah menengah hingga rendah. Bidang utama pengajaran saya adalah kimia, dan saya juga mengajar mata pelajaran lain seperti bahasa Melayu, matematik, pengajian agama Islam, dan iqra'. Saya juga bertanggungjawab atas kelas-kelas tajwid, iqra', kimia, dan matematik.Saya telah mengembangkan pelbagai teknik, kaedah, dan modul yang efektif untuk memastikan saya dapat membantu pelajar-pelajar saya mencapai kemahiran dan pencapaian yang cemerlang. Kepakaran saya terletak dalam meningkatkan motivasi pelajar, menjadi seorang pendengar yang baik, dan mencorak pendidikan dengan pendekatan positif. Semua ini berperanan penting dalam meningkatkan prestasi pelajar.Jika anda ingin anak anda berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan ingin meningkatkan keyakinan diri mereka, jangan ragu untuk menghubungi saya hari ini! Saya berkomitmen untuk membantu setiap individu mencapai potensi penuh mereka.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pengajaran inovatif yang tidak hanya bergantung pada teknologi canggih atau tren terkini. Saya menggalakkan interaksi dengan pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk berbicara serta berkongsi idea. Dalam proses pembelajaran, saya menyelipkan elemen santai dan hiburan agar pelajar tidak bosan. Saya menggabungkan pelbagai teknik dan pendekatan agar pembelajaran lebih efektif dan mudah difahami. Visi saya adalah melihat anak didik mencapai kejayaan yang gemilang.