About Me
Saya Cikgu Lina. Saya merupakan graduan ACCA, akauntan bertauliah dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri perbankan, pengauditan, perakaunan, kos projek dan keusahawan. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek SPM Perakaunan, saya juga berkebolehan untuk mengajar subjek minor yang lain seperti Matematik, Keusahawan, Perniagaan dan Ekonomi. Dengan pengalaman dalam industri serta pengalaman mengajar, saya berpeluang mencurahkan ilmu yang berkaitan demi kejayaan murid.
Teaching Method(s)
Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri, saya boleh mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan murid saya bagi memudahkan kefahaman mereka bagi sesuatu subjek. Saya fokus kepada meningkatkan bahagian lemah murid, melebihkan praktis menjawab soalan2 praktikal dan zoom in soalan peperiksaan tahun2 lepas, mengaplikasikan teori kepada praktikal, dan menggunakan visual seperti peta minda, permainan/kuiz supaya murid lebih fokus, tidak membosankan dan lebih berinteraksi.