Profile Picture

Nurul Syafiqah *******

(Online)

Sarjana Muda - Degree Business Administration With Honours ( Uum Sintok)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Kuantan, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi and Assalamualaikum semua, Saya dikenali sebagai Cikgu Iqa. Saya merupakan seorang tutor baharu di sini. Walaupun saya baru setahun jagung di sini tetapi anda semua jangan ragu-ragu untuk belajar dengan saya kerana saya seorang tutor yang berdedikasi serta mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu mendidik anda semua. Subjek sejarah dan geografi menjadi pilihan saya buat anda semua kerana saya ingin membawa anda semua merasai keseronokan belajar subjek ini bersama-sama dengan saya sehingga tiada lagi istilah ' Bosan' dan ' Mengantuk' menghantui diri anda melainkan rasa seronok dan mudah difahami. Saya juga berkemahiran dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam diri anda semua kerana saya juga sering mengendalikan seminar dan kem motivasi sewaktu keberadaan saya di universiti. Inginkan anak anda skor cemerlang? Bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dapat meningkatkan tahap keyakinan? Tunggu apa lagi jangan lupa hubungi Cikgu Iqa di sini. Salam kenal buat semua!!
Teaching Method(s)
Hi semua, di sini saya menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan kerana itu adalah tujuan utama saya. Saya juga menggunakan lebih banyak teknik peta minda, nota yang berwarna-warni, dan slide yang menarik bagi memastikan para pelajar tertarik dengan setiap isi yang ingin saya sampaikan dengan mudah. Selain itu, di dalam kelas, lebih suka untuk saya menyelitkan sesi soal dan jawab untuk setiap topik sepanjang keberadaan mereka di dalam kelas saya agar tiada keraguan dan ketidakfahaman selepas sesi kelas berakhir.Hal ini ada lah untuk memastikan semua anak didik bawahan saya dapat memahami segala topik secara berkesan. Tambahan pula, sepanjang sesi berlangsung teknik akronim juga akan diguna pakai bagi menimbulkan rasa minat pelajar serta memudahkan mereka untuk mengingati. Akhir kata, kepuasan pelajar dan ibu bapa dalam mencapai kecemerlangan merupakan kepuasan saya juga sebagai seorang pendidik di sini.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 1
Geografi Tingkatan 1