Profile Picture

Nurul Natasha *******

(Physical & Online)

Diploma / Stpm - Diploma In Medical Imaging (Universiti Teknologi Mara (Uitm))

Simpang Rengam, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya lebih gemar dikenali sebagai Cikgu sya kerana lebih mudah dan mesra untuk pelajar berinteraksi dengan saya dengan panggilan tersebut. Saya merupakan seorang pengajar yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Sikap saya lebih kepada memahami apa permasalahan yang sering para pelajar saya hadapi dalam pembelajaran dan bantu mereka untuk atasi dan buat peningkatan melalui modul-modul yang disediakan dan memberi harapan kepada mereka untuk tidak cepat berputus asa.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang ringkas dan padat menjadi perkara yang sinonim dengan diri saya. Teknik ini kebiasaannya saya akan praktikkan menggunakan kaedah peta minda atau pengkelasan yang lebih jelas buat pelajar untuk memahami sesuatu topik yang mereka sukar untuk fahami. Hal ini kerana, generasi muda pada masa kini lebih gemar untuk melihat sesuatu perkara secara visual dan ringkas untuk mereka menggambarkan sesuatu topik tersebut. Tambahan pula, saya lebih gemar untuk mengadakan pengajaran melalui aktiviti online mahupun secara bersemuka untuk membantu pelajar saya supaya dapat memahami sesuatu topik berdasarkan pengalaman mereka bukan sekadar di atas buku sahaja.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 6, Tingkatan 1
P. Islam Darjah 6
Matematik Tingkatan 1