Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam mendidik murid-murid saya mencapai satu keputusan yang cemerlang. Saya juga seorang yang peramah dan penyayang. Saya akan memastikan murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang selari dengan matlamat mereka. Saya juga dapat membantu meningkatkan motivasi dan semangat murid-murid saya agar sentiasa bersemangat dan berfikiran positif dalam kehidupan mereka. Dalam pengajaran saya, saya mengambil berat berkaitan emosi anak-anak murid saya kerana ia menjadi penentu kepada keadaan dan juga semangat mereka untuk belajar. Selain itu, saya juga merupakan lepasan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling. Sekarang menunggu waktu untuk konvokesyen. Nak anak anda semangat serta berjaya dengan cemerlang, hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik bercerita dan juga perbincangan. Hal ini kerana teknik bercerita digunakan bagi mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid-murid dan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk belajar. Teknik perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mental murid supaya dapat menyumbang idea dan pandangan secara sistematik.