Saya Cik Farah. Saya merupakan seorang yang penuh dedikasi dan mempunyai sifat ingin tahu dalam bidang ilmu pengetahuan. Jadi dengan menggunakan platform ini adalah membuka saya peluang untuk terus memberi yang terbaik disamping mendidikan anak-anak tutor untuk menjadi pelajar yang berkualiti. Pengalaman mengajar saya adalah semasa praktikum. Saya sebagai pembantu pensyarah memberi khidmat PdP semasa zaman pasca covid19. Subjek BM, BI, Pendidikan Islam merupakan kemahiran saya. Saya juga sering mengadakan aktiviti luar bersama anak2 yatim dan asnaf dalam memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca, mewarna, mengenal huruf-huruf. Saya juga pakar dalam mengadakan program motivasi dan bimbingan dalam kalangan pelajar, ini kerana saya mengambil jurusan dalam bidang kaunseling.
Teaching Method(s)
Kemahiran teknik mengajar saya lebih kepada teknik menggunakan alat tambahan bantuan mengajar seperti selitkan beberapa aktiviti berkaitan dengan subjek, teknik konstruktivitis atau lain2 set induksi pengajaran dan pembelajaran. Teknik mengajar akan sentiasa berubah mengikut penilaian saya terhadap pelajar2 nanti bagi memberi kepuasan dalam mencapai kecemerlangan dan melahirkan pelajar yang berkualiti