Hi! Nama saya Eisha. Saya berusia 24 tahun. Merupakan graduan kelas pertama di universiti tempatan peringkat diploma. Saya seorang pencinta ilmu dan sangat sukakan buku. Menjadi kebiasaan saya berkongsi semua ilmu yang saya ada pada orang sekeliling saya sejak saya di bangku sekolah lagi.
Saya antara pelajar cemerlang di sekolah dan suka membantu kawan kawan dalam memahami subjek tertentu. Sikap saya ini dibawa sehingga saya memasuki alam universiti. Rata rata kawan berpendapat saya seorang yang sangat ikhlas mengajar dan mereka berpendapat saya mempunyai ciri ciri sebagai seorang guru.
Saya mempunyai personaliti yang menarik dan mempunyai kemampuan untuk membaca bahasa tubuh seseorang. Ini akan membantu saya mengenalpasti teknik apa yang lebih berkesan untuk seseorang pelajar.
Teaching Method(s)
Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan kepada pelajar. Namun teknik teknik itu akan dikenalpasti mengikut pelajar jenis apa yang akan diajar. Sesetengah daripada kita lebih mudah memahami sesuatu apabila kita melihat (peta minda, gambar rajah), sesetengah pula lebih kepada mendengar (audio, suara guru bercakap), ada pula dengan mengaplikasikan sendiri apa yang dipelajari (buat ujikaji sains) dan akhir sekali ada juga yang lebih memahami hanya dengan membaca.
Jadi teknik pengajaran akan disesuaikan mengikut kecenderungan pelajar kepada kesemua yang disebutkan diatas contohnya pelajar yang lebih mudah menghafal akan diberikan sesi soal jawab dan 'mengajar semula' apa yang difahami. Pelajar yang sukakan keseronokan dalam pelajaran akan diberikan kuiz, teka teki, roleplay dan sebagainya.
Saya juga akan memberi galakan kepada pelajar dengan konsep 'reward' atas setiap pencapaian kecil mereka didalam kelas agar mereka berasa lebih semangat dan merasa diberi perhatian dan penghargaan.