Profile Picture

Naqibatul Iman *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak)

Kuantan, Pahang

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya dianugerahkan ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian kelas pertama dengan PNGK sebanyak 3.77 dalam pengkhususan Pendidikan Islam dan minor Bahasa Arab. Saya juga pernah mendapat Anugerah Rentasan Cemerlang semasa Praktikum di SK Pendam, Sarawak. Selain itu, saya juga memperoleh anugerah Emas dalam Kolokium Inovasi PdP JAPIM peringkat kampus bagi produk inovasi saya yang diberi nama Kit Im Wal Soccer yang mana inovasi tersebut menggabungkan elemen pembelajaran dan permainan dalam satu masa. Bukan itu sahaja, projek internship saya iaitu Kit Famili Jemaah telah dipilih oleh pensyarah untuk dipertandingkan dalam persidangan penyelidikan dan inovasi pendidikan peringkat Kebangsaan IPG Kampus Zon Sarawak. Selepas menamatkan pengajian, saya terus ditawarkan untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah agama swasta sebagai guru bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk Tahun 2 dan Tahun 3 selama 3 bulan. Sekarang, saya sudah mendapat jawatan sebagai guru tetap pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 di Sekolah Kebangsaan Bangsar.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan bergantung kepada isi pembelajaran yang ingin disampaikan dalam suatu masa. Kebanyakan teknik yang sering saya gunakan adalah teknik didik hibur yang mana ia merangkumi kompenan asas seperti nyanyian, lakonan, permainan, bercerita dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi keseronokan kepada murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kerana ia lebih bersifar santai dan berhibur yang sangat dekat dengan jiwa mereka. Manakala saya juga amat mementingkan pendekatan masteri yang mana saya akan memastikan murid saya menguasai hasil pembelajaran sesuatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Erti kata lain, saya akan mengajar yang asas dahulu kemudian baru mengfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 4
Matematik Darjah 4
Membaca - BM Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 4
Sains Darjah 4
P. Islam Darjah 4
Pendidikan Moral Darjah 4
Bahasa Arab Darjah 4
Jawi Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 4
Bahasa Arab - Third Language Darjah 4