Profile Picture

Alia Farhana

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Master Of Science (Molecular Biology), Ukm

Bachok, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai saya Cikgu Alia, suka mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Matematik merupakan subjek yang saya mahir. Tidak hanya mengajar semata-mata, saya lebih suka untuk merawat masalah anak agar timbul suka pada subjek tersebut. Saya juga suka membantu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang? Hubungi saya untuk saya bantu.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Pada permulaan, saya mengaplikasikan teknik ujian personaliti untuk mengetahui kaedah mana yang paling sesuai membantu pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Untuk memastikan pelajar faham, saya juga menggunakan penerangan konsep untuk sesuatu topik dan kemudian diaplikasikan pada soalan dan penyelesaian masalah. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Sebagai pendidik, saya ingin bantu anak-anak mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek dan subjek, terutamanya Matematik dan Matematik Tambahan yang dianggap susah tapi sebenarnya mudah jika faham konsep.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5