Saya merupakan seorang tutor dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam bahasa Arab dan Komunikasi. Seorang yang lemah lembut namun tegas dalam memastikan kemenjadian pelajar khususnya dalam menguasai pelajaran mereka. Saya juga kreatif dalam mengambil hati pelajar untuk sama-sama mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. InsyaAllah,menjadikan saya tutor anda tidak akan mengecewakan!
Teaching Method(s)
Berasaskan pembelajaran secara dalam talian atau bersemuka, saya menggunakan kaedah kecerdasan kognitif yang dapat membantu pelajar memahami Bahasa Arab dengan lebih mudah. Selain itu,konsep didik hibur juga saya gunakan untuk meningkatkan fokus dan minat pelajar bagi memahami Bahasa Arab. Teknik lagu dan akronim dalam pembelajaran juga saya tekankan agar memudahkan pelajar menguasai subjek Bahasa Arab InsyaAllah.