Profile Picture

Irsyad Aiman *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Sukan Dan Rekreasi

Putrajaya, WP Putrajaya

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
-Saya merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan telah menamatkan pengajian dengan anugerah “First Class”. Saya seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
-Saya merupakan seorang yang bermotivasi dan berkeinginan tinggi dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu kepada pelajar. Saya akan berpuas hati sekiranya pelajar faham dan dapat mengaplikasikan apa yang telah diajarkan. Namun, sekiranya pelajar masih kurang faham saya akan mengambil alternatif lain untuk membantu pelajar tersebut. Minat saya yang mendalam dalam dunia pendidikan dapat dilihat apabila saya telah meneruskan langkah dengan menyambung pelajaran saya dalam program Diploma Pascasiswazah di Universiti Malaya. Saya yakin, saya mampu untuk membimbing dan membantu para pelajar untuk terus bersemangat menimba ilmu dan membantu mereka untuk menyelesaikan segala kekusutan dan ketidakfahaman terhadap sesuatu tajuk. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik persamaan antara teori dan kejadian alam bagi membantu pelajar untuk mudah faham dan mudah untuk mengadaptasikannya. Selain itu, saya juga akan menggunakan teknik didik hibur supaya pelajar terus bersemangat dan tidak mudah bosan. Seterusnya, saya akan menggunakan teknik soal jawab di akhir kelas mahupun di awal kelas berikutnya, bagi mengetahui tahap kefahaman pelajar bagi sesuatu tajuk.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 2
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Pendidikan Islam
Tingkatan 5
Prasekolah - 3M
Darjah 1