Saya Cikgu Aisyah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 5 tahun dalam mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik, Sains dan Biologi merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Saya mementingkan pemahaman pelajar dalam setiap topik yang saya ajari. Saya juga percaya dengan banyak membuat latihan dapat meningkatkan pemahaman dan kemahiran seseorang pelajar dalam topik yang dipelajari.
Teaching Method(s)
Pada awal pembelajaran, saya akan membantu pelajar untuk memahami konsep dalam prinsip yang digunakan untuk setiap topik, selepas itu latihan akan diberi berdasarkan topik yang dipelajari. Selepas itu, bimbingan akan diberikan sekiranya pelajar masih lemah bagi topik tersebut.