Saya Cikgu Shida. Saya merupakan seorang guru berpengalaman selama 10 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah terutamanya murid pra sekolah dn pendidikan khas masalah pembelajaran.Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang.Nak anak boleh membaca dengan lancar serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan bahan bacaan dan kad visual merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.