Profile Picture

Nur Aqilah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

Pasir Gudang, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nur Aqilah binti Kamaruddin. Saya seorang Account Executive di sebuah syarikat swasta. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (UiTM) Seremban 3. Saya mempunyai pengkhususan dalam bidang pentadbiran dan perakaunan. Saya telah berkecimpung dalam bidang tutor ini hampir 5 tahun, bermula dari peringkat universiti dengan menyertai kelab Urban Socilize yang dimana kami memberikan perkhidmatan mengajar secara percuma kepada anak anak yatim di sekitar Seremban. Selepas itu saya meneruskan perkhidmatan dengan mengajar di pusat pusat tuisyen sekitar pasir gudang secara part time dan bergerak secara solo dengan mengajar dari rumah ke rumah mengikut permintaan. Saya berpengalaman mengajar pelajara sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pra sekolah. Subjek yang diajar oleh saya kebanyakkannya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, membaca serta mengaji. Saya seorang yang mempunyai timbang tara dan interaksi yang baik bersama pelajar. Teknik pengajaran saya sejajar dan sesuai dengan karakter pelajar tersebut.
Teaching Method(s)
Tekink pengajaran yang kerap saya gunakan ialah dengan melalui peta minda atau nota ringkas yang saya sendiri untuk kemudahan pelajar. Sekiranya ia berkaitan dengan subjek hafalan, saya akan bersama sama student membuat nota ringkasan itu untuk memberikan kefahaman mengenai hafalan mereka.
Selain itu, teknik lain yang saya gunakan ialah visual video mengenai topik topik yang sesuai untuk menjadikan kelas lebih menarik. Dua minggu sekali saya akan jalankan ujian ringkas mengenai topik topik yang telah dipelajari sebagai ukuran kefahaman mereka. Saya mengajar topik topik sejajar dengan topik yang di ajarkan disekolah, kerana saya sangat mementingkan tarikh tarikh peperiksaan agar pelajar tidak rasa terbeban membuat ulangkaji sendirian. Justeru itu saya akan mengulangkaji bersama mereka.
Teknik lain yang saya gunakan dalam kelas subjek matematik ialah seperti memulakan pelajaran dengan ujian sifir ringkas 5 minit .
Manakala untuk subjek Bahasa inggeris pula saya pratikkan ujian hafalan perkataan Bahasa Inggeris dan “public speaking” untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3.
Teknik dan penyampaian saya adalah mengikut pada kesesuaian pelajar sama ada lebih kepada visual atau pendengaran. Terima kasih
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
P. Islam Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3