Profile Picture

Nur Ezzati *******

(Online)

Sarjana Muda - Biologi

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Cyberjaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya cikgu Amalina. Saya merupakan bekas guru Matematik dan Sains di sebuah sekolah rendah swasta rangkaian Al-Amin (2015-2024). Saya berpengalaman dalam mengajar Matematik selama 9 tahun dan Sains selama 3 tahun. Saya mempunyai pengalaman mengajar Matematik Tahun 6 (UPSR) selama 4 tahun sebelum UPSR dimansuhkan dan juga berpengalaman dengan sistem pentaksiran UASA.

Objektif dan fokus saya untuk kelas tuisyen adalah untuk membantu murid yang lemah/sederhana dalam menguasai kemahiran asas Matematik sepenuhnya. Saya juga seorang yang komited dalam memastikan murid tersebut perlu 100% menguasai kemahiran asas tersebut sebelum meneruskan ke tahap penguasaan yang lebih tinggi (TP4-TP6) dan mampu untuk menjawab soalan tanpa bantuan (berdikari).

Teaching Method(s)
Antara teknik pengajaran yang saya terapkan semasa sesi pengajaran :

1. Untuk sesi pertama, saya akan lakukan screening bagi mengenalpasti tahap murid tersebut. Saya akan kenalpasti tahap penguasaan kemahiran asas (tambah, tolak, darab dan bahagi). Sekiranya memuaskan dan baik, murid akan diajar mengikut silibus semasa tahun pengajian di sekolah. Namun sekiranya tidak, murid akan dilatih dahulu sehingga menguasai 4 kemahiran tersebut sebelum mengikuti silibus semasa di sekolah.

2. Drilling sifir setiap kali permulaan kelas. Saya akan melakukan latih tubi sifir setiap kali sebelum kelas bermula selama 3 minit untuk memastikan murid tiada masalah sifir supaya mereka mudah untuk menguasai topik-topik seterusnya yang lebih mencabar.

3. Menggunakan kaedah yang mudah dan ringkas dalam pengajaran. Saya akan cuba untuk memberikan kaedah yang mudah mengikut tahap murid, sekiranya kaedah yang biasa digunakan di sekolah, murid tersebut tidak dapat menguasainya dengan baik.

4. Gunakan teknik didik hibur, kuiz online dan reward chart pada setiap sesi kelas.

5. Refleksi akan diberikan kepada ibu bapa setiap kali habis sesi kelas tuisyen supaya ibu bapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid serta perkara yang perlu ditambahbaik untuk kelangsungan pembelajaran murid di rumah.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 2
Sains Darjah 3, Darjah 2