Saya Cikgu Nabilah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi tinggi dan bertanggungjawab dalam mendidik pelajar saya untuk mencapai prestasi yang baik dalam pelajaran. Saya juga merupakan tutor yang mempunyai semangat tinggi dalam pengajaran saya dan ia dapat memberi impak positif kepada pelajar. Saya juga berkemahiran dalam memberi motivasi dalam kalangan pelajar. Saya akan memastikan anak didik saya mempunyai peningkatan dalam pembelajaran mereka. Jom belajar bersama Cikgu Nabilah hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur agar pelajar saya seronok dalam pembelajaran mereka. Saya juga menggunakan teknik akronim untuk membantu pelajar saya mudah mengingat sesuatu yang diajar. Saya juga mahir dalam menggunakan teknik peta minda dan juga teknik jadual bagi memudahkan proses pemahaman pelajar. Saya juga menyediakan nota yang menarik minat pelajar dalam pengajaran saya.