Profile Picture

Nur Aina *******

(Physical)

Diploma / Stpm - Diploma In Civil Engineering (Uitm)

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Pekan, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Aina. Saya merupakan seorang pelajar semester 7 di UiTM Shah Alam yang sedang mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pembelajaran dan juga merupakan subjek yang paling diminati. Saya pernah mempunyai beberapa pengalaman sebagai seorang tutor matematik. Saya pernah mengajar seorang pelajar tingkatan 5 dalam subjek matematik moden dan juga pernah dilantik sebagai mentor oleh pihak UiTM bagi subjek calculus dan mengajar beberapa orang pelajar UiTM. Saya juga pernah mengajar mengaji kepada murid 5 tahun sehingga tingkatan 5.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah perbanyakkan membuat latihan matematik supaya pelajar dapat sesuaikan diri dengan soalan dan cara penyelesaian. Pelajar akan membuat latihan dengan bantuan tutor pada mulanya sehinggalah mereka dapat menyelesaikan soalan itu sendiri tanpa bantuan tutor. Saya mementingkan kualiti bagi satu soalan itu disampaikan berbanding dengan kuantiti soalan yang dibuat. Penggunaan rumus dan hukum juga akan banyak digunakan dalam membuat latihan sehinggalah mereka boleh menghafal dan memahami penggunaan rumus tersebut. Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Masa rehat juga akan diberikan dalam 5 minit jika pelajar itu minta untuk rehat seketika. Ini bertujuan untuk tidak memberi tekanan kepada pelajar semasa belajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 6