About Me
Assalamualaikum, saya Miss Soffea, seorang siswa guru tahun akhir di Universiti Poly-Tech Malaysia. Saya sangat berminat dengan bahasa Inggeris. Saya seorang yang ramah, mudah berunding, dan tegas apabila memotivasikan pelajar semasa sesi pembelajaran. Saya juga berpengalaman mengajar di sekolah rendah (tahun 1, 2, dan 4) dan sekolah menengah (tingkatan 1, 2 dan 3). Saya berharap dapat membantu pelajar memahami dan menguasai mata pelajaran mereka, terutamanya bahasa Inggeris. Jika tuan/puan berminat, boleh terus hubungi saya dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu anak tuan/puan, Insya-Allah.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur dan pendekatan pembelajaran abad ke-21. Ini disebabkan oleh fakta bahawa saya lebih suka penyampaian yang santai dan tidak membebankan pelajar. Antara medium yang saya gunakan ialah Kahoot, Quiziz, Wordwall dan Liveworksheet. Selain itu, saya juga mendedahkan permainan sambil belajar, seperti fan-n-pick, think-pair-share, hot seat, charades, word search, dan sebagainya. Pembelajaran dan pengajaran seperti ini boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Saya juga menyediakan padlet atau medium yang sesuai untuk pelajar supaya mereka boleh dengan mudah mengakses nota dan latihan.