About Me
Saya adalah Cikgu Danish, graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Data di Universiti Malaya. Saya merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan berpengalaman, dengan lebih daripada 3 tahun pengalaman mengajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Subjek utama saya adalah Bahasa Melayu, namun saya juga berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, membimbing murid-murid membina asas yang kukuh dalam kedua-dua bahasa. Saya turut mempunyai latar belakang dalam Sejarah dan Matematik, walaupun fokus utama saya kekal pada bidang bahasa.
Saya mahir dalam penyusunan modul pembelajaran yang sistematik dan berkesan, sesuai dengan tahap dan keperluan pelajar. Sepanjang pengalaman saya, saya telah berjaya membantu ramai pelajar secara sambilan untuk mencapai kecemerlangan akademik, di samping memupuk disiplin, motivasi, dan keyakinan diri.
Dengan gabungan pengalaman mengajar dan pengetahuan dalam bidang data, saya yakin pendekatan saya dalam pendidikan adalah lebih menyeluruh dan berkesan. Jika anda sedang mencari bimbingan berkualiti untuk anak anda, sama ada dari segi akademik mahupun pembangunan peribadi, saya bersedia membantu. Hubungi saya hari ini untuk berbincang lebih lanjut.
Teaching Method(s)
Saya mengunakkan kaedah pendidikan hiburan dengan penuh kreativiti, memastikan bahawa setiap pelajaran tidak hanya memberi ilmu, tetapi juga menghiburkan pelajar agar tidak merasa bosan. Selain itu, saya menyusun teknik penulisan yang mudah dimengerti serta mengajar tatabahasa dengan cepat dan efisien, memastikan anak didik saya dapat menguasai keterampilan yang diperlukan dengan lancar dan percaya diri. Saya juga memanfaatkan akronim sebagai alat bantu intelektual saya, mempermudah saya mengingat konsep-konsep kompleks dengan cepat dan efektif. Untuk meningkatkan pengalaman belajar dalam kelas dalam talian, saya menyusun nota yang berwarna-warni, menciptakan lingkungan belajar yang menginspirasi dan memotivasi para pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.