Profile Picture

Marwani Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni Kreatif)

Pasir Puteh, Kelantan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Wani. Saya merupakan lepasan ijazah di bawah Kesenian dan Kesusateraan di bawah UMS. Selepas melanjutkan ijazah, saya telah pun mengambil keputusan untuk menyambungkan pelajaran saya dengan mengambil DPLI dan alhamdulillah, saya telah melepasi DPLI tersebut. DPLI merupakan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan saya mengambil DPLI tersebut di bawah UKM. Pengalaman mengajar saya adalah sewaktu DPLI yang berlangsung selama 3 bulan. Saya telah mengajar mata pelajaran Seni Visual. Akan tetapi, saya juga boleh mengajar selain subjek seni, iaitu Bahasa Melayu dan Geografi. Saya sangat berminat dengan mata pelajaran tersebut kerana semasa saya SPM, subjek tersebut merupakan subjek yang mendapat paling tinggi dan merupakan matapelajaran kesukaan saya. Semasa latihan di sekolah juga, saya telah membuat maklum balas bersama murid-murid tentang cara saya mengajar. Mereka telah memberi respon yang baik dan cara saya mengajar menarik kerana saya menggunakan BBM semasa PDP berlangsung. Lontaran suara dan penyampaian ilmu dalam silibus juga jelas dan mereka memahami perkara yang saya ingin sampaikan. Cara pengajaran saya, saya akan membaca dan mengkaji terlebih dahulu untuk memulakan pengajaran dan sehabis baik untuk meringkaskan supaya murid dapat memahami isi-isipenting dalam setiap pebelajaran.
Teaching Method(s)
Saya berharap dengan pengalaman yang saya ada, saya dapat mengajar murid untuk lebih berjaya. Saya juga akan meningkatkan prestasi saya dari masa ke semasa. Teknik pengajaran saya juga sangat suka menggunakan BBM, video dari sumber Youtube , carian google, melalui gambar dan sebagainya kerana BBM dapat meningkatkan daya ingatan murid. Saya juga akan bertanya khabar murid dan bersembang sekejap tentang mereka semasa induksi untuk memastikan murid dalam keadaan bersedia dan gembira untuk belajar. Saya harap, dengan cara yang saya yang tersendiri dan pendedahan dari masa ke semasa dapat mencapai objektif saya untuk melahirkan murid yang cemerlang
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 1, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Darjah 1
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Geografi Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 5
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1
Jawi Darjah 6