Profile Picture

Nurul Syazwina *******

(Online)

Diploma / Stpm - Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi MARA (Jengka) (Graduated)

Klang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Wina. Saya merupakan seorang graduan dari Universiti Teknologi Mara (Pahang), dalam jurusan Kejuruteraan Awam (Civil Engineering). Saya juga kini bekerja dalam bidang kejuruteraan awam. Berdasarkan minat yang mendalam, latar belakang pelajaran serta pengalaman yang berkait rapat dengan kejuruteraan, ia menjadikan saya seorang yang ingin berkongsi dan mengajar dengan berdedikasi dalam bidang berkenaan. Saya berkebolehan mengajar dalam subjek Bahasa Melayu/Matematik/Matematik Tambahan. Saya juga mempunyai pengalaman sebagai 'Guru Muda Matematik' di peringkat sekolah sewaktu SPM.
Teaching Method(s)
Berpengalaman sebagai Guru Muda Matematik di peringkat sekolah, yang akan menerapkan teknik-teknik pembelajaran dan tips pengiraan yang mudah difahami dalam subjek Matematik & Matematik Tambahan. Bagi memudahkan pemahaman seseorang pelajar, saya akan kenali personaliti seseorang pelajar tersebut. Bahasa mudahnya ialah jika pelajar itu mudah memahami sama ada dengan mendengar, membaca, menulis atau ke semuanya sekali. Peta minda/tips/shortform/kata kunci/frasa akan digunakan sebagai pendekatan mudah untuk memahami sesuatu formula tersebut.

Pembelajaran itu memang tak mudah. Tetapi jika kita mempunyai minat & minat tersebut dapat diterapkan, justeru kita akan berasa seronok dalam menuntut sesuatu ilmu. Visi saya adalah untuk menerapkan minat pelajar dalam bidang Bahasa Melayu, Matematik dan Matematik Tambahan, seterusnya cemerlang dalam pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5