Profile Picture

Dayang Nursafiah *******

(Online)

Diploma / Stpm - Diploma Management Technology Accoutancy

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Miri, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Dayang Nursafiah. Saya mengambil diploma Management Technology Accountancy dari Universiti Teknologi Malaysia. SPM saya mendapat 5A 3B. Saya suka belajar dalam subjek terutamanya Matematik dan sejarah. Saya suka menyelesaikan sebarang soalan yang mencabar dalam subjek Matematik. Selain itu, saya suka mengajar kawan-kawan saya dalam apa saja yang saya belajar. Saya adalah di antara pelajar cemerlang di sekolah SMK Merbau Miri pada tahun 2012 dalam tingkatan 5. Saya juga berbesar hati kerana mendapat sijil kecermelangan dalam subjek sains. Selain itu, saya juga mengajar adik dan kawan-kawan adik saya yang bersekolah rendah dalam subjek Matematik, Bahasa Melayu dan sejarah. Saya akan membahagikan masa saya untuk kelas tuisyen untuk mengajar adik dan kawan-kawan saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah dari segi saya menghafal dan memahami konten dalam subjek sejarah terlebih dahulu. Seterusnya saya akan menghuraikan dalam bentuk peta minda ataupun meringkaskan satu konten menjadi perjalanan cerita yang lebih mudah difahami. Begitu juga dalam subjek Matematik, jika ada soalan yang saya tidak dapat jawab saya akan membincangkan soalan tersebut dengan guru saya. Bila saya belajar dan mendapat ilmu daripada guru, saya akan praktikkan diri saya dengan pelbagai latihan dan saya akan menyelesaikan soalan sehingga dapat. Sebegitulah saya mempraktikkan diri untuk saya mengajar kawan-kawan saya dan adik saya serta kawan kawan adik saya yang belajar dengan saya. Saya juga mengaplikasikan cara yang mudah untuk pelajar menghafal sesuatu huraian dalam bentuk satu perkataan saja supaya pelajar dapat mengingatkannya dengan mudah.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4