Profile Picture

Aniisa Athirah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Universiti Teknologi MARA (Machang) (Graduated)

Kinta, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Cik Aniisa dan merupakan graduan Sarjana Muda dalam Perakaunan. Saya menggemari matapelajaran Prinsip Perakaunan semenjak saya tingkatan 4 sehinggalah tamat pengajian sekarang. Matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu juga merupakan antara subjek yang saya boleh mengajar. Jika pelajar perlukan bimbingan khusus bagi matapelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan, saya akan berusaha yang terbaik untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif supaya pelajar selesa untuk memahami setiap permasalahan yang mereka hadapi. Saya berkebolehan untuk memberikan perhatian kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Berpengalaman menjadi tutor ketika di sekolah menengah dan universiti juga antara penyebab utama saya menceburi bidang ini. Ada kala, pelajar agak terganggu untuk memahami sesuatu perkara disebabkan faktor yang tidak digemari ketika belajar di persekitaran sekolah. Jadi, jangan risau kerana dengan adanya kelas tutor sebegini pelajar dapat 'one to one' bersama pengajar untuk lebih mendalami serta memahami sesuatu pelajaran itu tanpa sebarang halangan. Inginkan anak/adik anda untuk menggemari 3 subjek diatas boleh hubungi saya.
Teaching Method(s)
Usia yang muda ini membolehkan saya untuk mendekati pelajar dan bertindak sebagai seorang kakak bagi mereka. Penyusunan kata-kata yang mudah dan ceria akan lebih membantu mereka untuk mendalami sesuatu matapelajaran dengan lebih berkesan. Sebagai seorang bekas pelajar, saya memahami disetiap kegelisahan dan kerisauan pelajar untuk memahami sesuatu perkara berkenaan pelajaran yang dihadapinya. Semestinya teknik pengajaran gambar, peta minda, video, musik, dan hafalan akan digunakan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Lain pelajar mempunyai cara tarikan yang berbeza dimana teknik yang tertentu akan berkesan jika pelajar bersesuaian dengan cara tersebut. Teknik dan cara mendalami soalan serta penggunaan ayat yang mudah semestinya akan lebih meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan cara untuk mencapai solusi yang terbaik dalam setiap kesulitan yang dihadapi. Tidak dilupakan jugak tips untuk mengambil mood pelajar dimana mereka dibenarkan rehat 10 minit untuk 'chit chat' selain berkenaan matapelajaran dan juga memberikan 'rewards' sebagai token kecemerlangan mereka semasa sesi tutor berlangsung. Kata-kata pujian yang membina juga penting supaya mereka sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu sehingga ke menara gading kelak!
Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2
Prasekolah - 3M Darjah 2, Darjah 1